Wednesday, February 17, 2010

KONSEP AKHLAK

SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK


Prof. Dr. Ahmad Amin, (Al-Akhlaq)

Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat.


Firman Allah:

“ Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu menjadi teladan yang baik untuk kamu dan untuk orang yang mengharapkan menemui Allah pada hari kemudian, serta ia banyak mengingat Allah”
( Al-Ahzab : 21)


Sabda Rasulullah:

“ Aku diutuskan untuk menyempurnakan keluhuran akhlak (budipekerti)”
(Riwayat : Ahmad)




· Akhlak di dalam Islam adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith.

· Akhlak menyatakan dengan jelas tujuan akhir setiap pekerjaan yang dilakukan iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.






PRINSIP-PRINSIP AKHLAK ISLAM


I. Persamaan Taraf
Semua manusia adalah sama dan yang membezakan adalah ketaqwaan.

II. Kebebasan Memilih
Kebebasan manusia dalam memilih sesuatu tidak terlepas daripada syariat Allah.

III. Tanggungjawab
Agama, diri, sesama manusia dan persekitaran.

IV. Universal.
Ikut fitrah manusia





Abdullah Nasih Ulwan

Ketaqwaan kepada Allah sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang hak dengan yang batil.


Ketaqwaan adalah merupakan suatu hasil yang jitu, serta buah yang semulajadi bagi perasaan yang dilimpahi dengan keimanan yang mendalam berhubung dengan muraqabah. Lahir satu perasaan ketakutan kepadaNya, kegerunan dan kemurkaan dan seksaanNya, keinginan serta kesungguhan kepada keampunan dan kurnia pahalaNya.








Ad-Deen Islam

Aqidah




Taqwa



Syariat Akhlak






Sembahyang




Puasa Zakat




Akhlak






Haji

1 comment:

  1. Blog ni x siap ke.
    Mudah utk ckp psl akhlak - akhlak Rasulullah, Radulullah model akhlak. Bg saya slogan2 spt ini dh x bkesan. Tgk je la hari ini.nak tanya. hukum mana berkenaan langgar lampu merah, peraturan parking, berQ di kaunter. Cukup 3 soalan tu. Zaman Nabi mana ada. Tlg jelaskan. Saya sedia utk dihubungi. Tkasih.

    ReplyDelete