Friday, October 16, 2009

TABII MANUSIA

BAB 2: SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK


Al-Quran


Al-Quran merupakan sumber rujukan utama dalam ilmu akhlak. Dalam al-Quran perkataan “ al-khuluq” diertikan sebagai kejadian atau ciptaan yang menepati juga istilah sahsiah keperibadian manusia. Al-Quran menjelaskan tentang akhlak yang kedudukannya lebih baik dan tinggi berbanding dengan etika atau moral, meskipun terdapat persamaan.


Hadith

Akhlak yang dinyatakan di dalam al-Quran diperjelaskan lagi menerusi hadith Rasulullah. Sebagaimana dinyatakan di dalam hadith sendiri, sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya aku diutuskan, hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik”
(Riwayat Ahmad)



Haditah-hadith banyak menunjukkan Rasulullah merupakan sumber rujukan akhlak, di mana segala perkataan dan perbuatan, termasuklah diamnya baginda menggambarkan akhlaknya.

Perbezaan yang jelas di antara akhlak dan etika/moral adalah dari segi sumber pembentukannya dan tujuan berakhlak. Akhlak adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadith manakala etika atau moral adalah bertitik-tolak daripada akal semata-mata.
Akhlak dalam Islam menyatakan tentang matlamat dan tujuan akhlak iaitu untuk kebahagian di dunia dan akhirat melalui berkat keredhaan Allah. Bagi etika atau moral tujuannya adalah untuk mendapat habuan yang dapat dinikmati di dunia semata-mata.




Prinsip-Prinsip Akhlak Islam

Dalam ilmu akhlak Islam terdapat empat prinsip akhlak iaitu:



I. Persamaan Taraf

Islam memandang semua manusia mempunyai taraf yang sama kerana ia datang daripada sumber yang satu iaitu Adam dan Hawa. Hanya yang membezakan antara seseorang di sisi Allah adalah ketaqwaan. Sabagaimana firman Allah:

“ Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa”
(al-hujurat: 13)



II. Kebebasan Memilih

Kebebasan manusia dalam memilih sesuatu tidak terlepas daripada syariat Allah. Sehubungan dengan itu manusia harus ingat bahawa Allah telah menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan daripada pemilihan yang dilakukan.


III. Tanggungjawanb

Semua orang mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan termasuklah terhadap agama, diri, orang lain dan persekitaran. Setiap hak dan tanggungjawab ini wajib dilaksanakan sebagaimana sabda Rasulullah:

“ Sesungguhnya bagi Tuhanmu ke atas kamu ada hak dan bagi dirimu ke atas kamu ada hak dan bagi ahli keluarga kamu ke atas kamu ada hak, maka
tunaikanlah setiap yang mempunyai hak tersebut akan haknya masing-masing.

IV. Syumul (Universal)

Islam adalah merupakan ad-deen yang sempurna termasuk di dalam segenap bidang kehidupan. Ia secocok dengan fitrah kejadian manusia dan dapat diterima oleh seluruh umat manusia.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu”
( Riwayat Baihaqi)

ACADEMIC WORLD

Tajuk: Perceptions of Ethical Behaviour in the Academic World
Oleh : Maya Khemlani-David ; Language Centre Univ. of Malaya

Pendahuluan:

Satu kajian yang dilakukan bagi melihat persepsi di kalangan kakitangan akademik dan ketua tentang etika tingkahlaku.

Maklumat diperolehi daripada temuduga secara terbuka di kalangan 16 orang ahli kakitangan akademik yang terdiri daripada 8 orang kakitangan akademik dan 8 orang lagi dari kalangan ketua-ketua jabatan.

Kertas kajian ini membincangkan tentang perkara-perkara yang dilakukan oleh kakitangan akademik yang dianggap baik dan mana satu yang dianggap tidak baik.

Hasil daripada temuduga yang dijalankan , terdapat dua persepsi yang berbeza iaitu satu daripada ketua-ketua jabatan dan satu lagi adalah dari kakitangan akademik sendiri.


Persepsi Ketua Jabatan

Memberi perhatian terhadap hiraki dan prosedur etika.Mengamalkan birokrasi yang tinggi. Penulis menganggap bahawa tindakan ini dianggap tidak profesional tetapi tidak sesuai dikatakan sebagai tidak beretika.

Memberi perhatian terhadap satus universiti , peraturan pentadbiran, pengarahan dan pekeliling.

Corak kata-kata yang di ucapkan, sekiranya memberikan maksud yang dianggap membocorkan fakta dianggap tidak profesional.

Memberi kelu kepada soalan-soalan yang bakal ditanya di dalam peperiksaan.

Memberikan fokus pengajaran kepada soalan yang telah disediakan
Memberi gred, berdasarkan kepada kumpulan –kumpulan tertentu, sewaktu proses penandaan.

Tidak menepati masa dan membatalkan kuliah tanpa memaklumkan kepada pelajar.

Hubungan dengan pelajar perlu mematuhi batas-batas yang telah ditetapkan.

Dianggap kurang kualiti pengajaran apabila lebih mengutamakan penyelidikan.


Persepsi Kakitangan Akademik

Dianggap tidak beretika sekiranya guru menunjukkan sikap bias samada dalam bentuk verbal atau non-verbal.

Guru perlu berusaha untuk mengembangkan ilmu-ilmunya dan bentuk pengajarannya dan tidak statik.

Mampu membuat keputusan ketika melakukan penilaian dengan mengambilkira faktor-faktor yang berkaitan.

Kejujuran dalam melakukan kerja-kerja. Tidak mengambil kesempatan atas usaha orang lain bagi kepentingan peribadi.


Etika Tingkahlaku Ketua

Tidak menyalahgunakan keistimewaan.
Menggunakan harta jabatan untuk keperluan peribadi.

Mengamalkan keadilan dan kesamarataan.
Kuasa yang ada tidak di salahgunakan.
Membahagi -bahagikankan tanggungjawab kepada orang lain
Membuat penilaian kakitanga secara standard dan telus.

Etika dalam mesyuarat.
Tidak bersikap kurang sopan atau kasar.

Dasar pintu terbuka.
Membenarkan sesiapa sahaja yang berkenaan untuk berjumpa tanpa ada sikap pilih-pilih.


Kesimpulan

Ketua jabatan perlu menjadi contoh kepada kakitangan bawahan. Sekiranya ketua dapat menghindarkan diri daripada tingkahlaku yang tidak beretika, ia akan dapat menjadi ikutn kepada kakitangan bawahan.Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran tentang perlunya beretika di dalam sebarang bidang profesion yang diceburi.

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu )apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
(An-Nisaa : 58)

AKHLAK ISLAM

BAB 2: SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK


Al-Quran


Al-Quran merupakan sumber rujukan utama dalam ilmu akhlak. Dalam al-Quran perkataan “ al-khuluq” diertikan sebagai kejadian atau ciptaan yang menepati juga istilah sahsiah keperibadian manusia. Al-Quran menjelaskan tentang akhlak yang kedudukannya lebih baik dan tinggi berbanding dengan etika atau moral, meskipun terdapat persamaan.


Hadith

Akhlak yang dinyatakan di dalam al-Quran diperjelaskan lagi menerusi hadith Rasulullah. Sebagaimana dinyatakan di dalam hadith sendiri, sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya aku diutuskan, hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik”
(Riwayat Ahmad)



Haditah-hadith banyak menunjukkan Rasulullah merupakan sumber rujukan akhlak, di mana segala perkataan dan perbuatan, termasuklah diamnya baginda menggambarkan akhlaknya.

Perbezaan yang jelas di antara akhlak dan etika/moral adalah dari segi sumber pembentukannya dan tujuan berakhlak. Akhlak adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadith manakala etika atau moral adalah bertitik-tolak daripada akal semata-mata.
Akhlak dalam Islam menyatakan tentang matlamat dan tujuan akhlak iaitu untuk kebahagian di dunia dan akhirat melalui berkat keredhaan Allah. Bagi etika atau moral tujuannya adalah untuk mendapat habuan yang dapat dinikmati di dunia semata-mata.




Prinsip-Prinsip Akhlak Islam

Dalam ilmu akhlak Islam terdapat empat prinsip akhlak iaitu:



I. Persamaan Taraf

Islam memandang semua manusia mempunyai taraf yang sama kerana ia datang daripada sumber yang satu iaitu Adam dan Hawa. Hanya yang membezakan antara seseorang di sisi Allah adalah ketaqwaan. Sabagaimana firman Allah:

“ Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa”
(al-hujurat: 13)



II. Kebebasan Memilih

Kebebasan manusia dalam memilih sesuatu tidak terlepas daripada syariat Allah. Sehubungan dengan itu manusia harus ingat bahawa Allah telah menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan daripada pemilihan yang dilakukan.


III. Tanggungjawanb

Semua orang mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan termasuklah terhadap agama, diri, orang lain dan persekitaran. Setiap hak dan tanggungjawab ini wajib dilaksanakan sebagaimana sabda Rasulullah:

“ Sesungguhnya bagi Tuhanmu ke atas kamu ada hak dan bagi dirimu ke atas kamu ada hak dan bagi ahli keluarga kamu ke atas kamu ada hak, maka
tunaikanlah setiap yang mempunyai hak tersebut akan haknya masing-masing.

IV. Syumul (Universal)

Islam adalah merupakan ad-deen yang sempurna termasuk di dalam segenap bidang kehidupan. Ia secocok dengan fitrah kejadian manusia dan dapat diterima oleh seluruh umat manusia.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu”
( Riwayat Baihaqi)

Tuesday, September 8, 2009

UNTUK ILMU DAN RENUNGAN

Teori Perubahan Dien Islam

Dien Islam, bukanlah sekadar ‘agama’ yang difahami oleh kebanyakan orang, malahan ia mencakupi segenap kehidupan manusia. Islam bukan hanya mengatur hubungan manusia dengan Allah, tetapi juga hubungan manusia dengan manusia lain. Banyak nas dalam al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini, umpamanya ,
Firman Allah:
“ Ditimpakan kepada mereka kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat murka dari Allah dan ditimpakan kepada mereka kelemahan.”
( al-Imran : 112 )

Hubungan manusia dengan Allah dipolarkan dengan dien Islam, melalui al-Quran dan hadis yang diungkapkan dengan ‘agama’ dan hubungan manusia dengan manusia pula dipolarkan dengan kebudayaan. Dien Islam itu sendiri dalam bahasa arab,terbentuk dari kata ‘madienah’, iaitu masyarakat yang terorganisasi secara teratur.(Sidi Gazalba, 1983)

Di dalam kebudayaan Islam, agama bukan ‘culture universal’.Iaitu sesuatu yang terasing daripada bidang-bidang lain seperti sosial,ekonomi,politik,ilmu teknik dan falsafah. Jelas di sini bahawa Islam berlawanan dengan teori ilmu sekularisme, di mana ia memasukkan agama sebagai aspek kebudayaan. Dalam Islam, agama dan kebudayaan terjalin secara utuh dalam dien. Dien Islam adalah hukum yang mengatur agama dan kebudayaan.


Pertentangan Konsep Islam Dan Sekular Tentang Kebudayaan Dan Agama

Sekularisme, menumpukan kepada matlamat dunia. Ia merupakan satu bentuk aliran fahaman yang menumpukan segala-gala kepada dunia. Soal dunia diatur oleh budaya, manakala akhirat pula diurus oleh agama. Ianya adalah disebabkan oleh prinsip-prinsip yang dibentuk adalah berdasarkan akal manusia dan tentunya berubah serta bertukar-ganti mengikut keadaan dan keperluan. Begitu juga seterusnya tentang sosiobudaya iaitu pergaulan dan perhubungan manusia dalam kelompok manusia, menurut sekularisme adalah merdeka sepenuhnya. Semua diserahkan kepada pertimbangan akal. Dalam pendekatan ini tidak ada yang tetap sebagai pegangan dan asas tujuan.

Islam melihat agama dan kebudayaan adalah satu, meskipun ia dapat dibezakan. Ini disebabkan semua aktiviti, hubungan manusia dengan manusia, mestilah dikaitkan kerana Allah. Perhubungan manusia dalam kelompok yang diistilahkan sebagai sosial atau mu’amalat juga tidak terpisah dari dien Islam. Hinggakan sesetengah sarjana memberikan pentafsiran tentang kebudayaan sebagai tamadun, dan tamadun itu sendiri adalah dien Islam sebagai satu cara hidup. Jelasnya kebudayaan Islam itu sendiri mewajibkan manusia menjaga hubungan di antaranya. Hubungan antara manusia itu adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebudayaan yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis.


Model Perubahan Sosiobudaya

Berdasarkan model yang dibentuk, memberikan gambaran bahawa dien Islam itu merangkumi segenap aktiviti manusia, bukan sekadar hubungan dengan Tuhan, sebagaimana yang difahami oleh agama-agama lain. Ia mengatur hubungan manusia dalam masyarakat tanpa ada pemisahan hubungannya dengan Allah. Kelompok masyarakat yang wujud berasaskan daripada gabungan unit-unit keluarga dalam masyarakat. Seterusnya unit-unit keluarga ini pula dibentuk oleh manusia yang mampu mencorakkan sesuatu masyarakat.

Corak masyarakat yang dibentuk, terjelma berdasarkan ilmu yang ada pada manusia yang membentuk unit-unit keluarga tadi. Samada masyarakat tadi bersifat ‘sekular’ atau masyarakat madani sebagaimana yang dikehendaki.Oleh sebab itu untuk membentuk masyarakat madani, perlu dibentuk dahulu manusia madani. Manusia madani adalah manusia yang menghayati semangat tolong-menolong dan saling bekerjasama bukan semata-mata untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kepentingan dan kebaikan bersama. Kebaikan bersama yang lebih tinggi nilainya iaitu kebahagiaan sejati, iaitu di dunia dan di akhirat. Dalam membentuk masyarakat madani inilah perlu kepada ilmu madani. Ilmu madani itu sendiri berbalik kepada ajaran agama.

Pembangunan Manusia Secara Bersepadu

Dalam usaha membentuk masyarakat madani seperti yang dikehendaki, maka perlu kepada usaha membangunkan manusia sebagai elemen utama kepada perubahan dalam masyarakat. Pembangunan bukan sekadar jasmani atau fizikal sahaja malahan ia bertitik-tolak daripada konsep manusia itu sendiri sebagai kesatuan roh, akal dan jasad. Kesucian rohani berperanan memimpin perkembangan peribadi manusia seluruhnya.

Pembangunan manusia secara sepadu ini juga, berasaskan kepada kekuasaan Allah yang meliputi semua aspek kehidupan manusia dan masyarakat, sehingga tiada ruang untuk pemisahan kuasa seperti fahaman sekular. Pembentukan peribadi manusia, hendaklah berdasarkan prinsip bahawa setiap aktiviti yang dilakukan merupakan menifestasi pengabdian terhadap Allah. Beriman dan bertaqwa kepada Allah menjadi dasar pembangunan diri dan masyarakat yang terpenting sehingga ia mencorak dan memberi arah kepada segala perkembangan dan perubahan dalam masyarakat. Ia menjadi suatu kekuatan dalam masyarakat yang boleh menghalang sebarang kecenderungan kepada anti-kesopanan atau kemoralan. Pengasingan pembangunan kebendaan dari iman dan taqwa akan menyukarkan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan dalam bersosial.


Islamisasi Ilmu Dalam Pendidikan Di Malaysia

Sejarah menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia mengalami perubahan mengikut masa dan keadaan. Menurut Tajul Ariffin (1990), konsep matlamat pendidikan banyak dirujuk dari barat yang menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Walaupun ketiga-tiga aspek ini adalah baik, tetapi ia adalah bersifat ilmu akal sahaja. Akal semata-mata tanpa berpaksikan wahyu tidak mampu menjelmakan nilai, moral dan akhlak yang dikehendaki. Individu tersebut mungkin berjaya tetapi belum tentu ia akan berfungsi sebagai insan yang baik.

Mulai dari awal tahun 1980-an perubahan telah dibuat pada kurikulum persekolahan. Di peringkat sekolah rendah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal untuk menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah(KLSR). Sebagai kesinambuangan kepada KBSR, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal dan mulai dilaksanakan pada tahun 1988 secara berperingkat-peringkat.

Pelaksanaan KBSM merupakan strategi kurikulum untuk merealisasikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pokok dasar kepada KBSM adalah konsep bersepadu.Kesepaduan dalam KBSM dianggap belum lengkap kerana ada satu lagi elemen penting yang berperanan dalam pendidikan iaitu masyarakat. Sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat dan bukan terpisah atau terpencil daripadanya.

Jelaslah bahawa KBSM bukan sekadar pendidikan biasa tetapi lebih daripada itu, ia adalah agenda bagi membina satu budaya dan cara hidup yang unggul dalam mana manusia yang unggul, yang seimbang dan harmonis akan menjadi penghuni dunia ini.(Wan Zahid Mohd. Noordin, 1993)

Memandangkan betapa pentingnya pendidikan dalam menentukan corak masyarakat masa depan, maka tujuan mewujudkan masyarakat bermoral dan masyarakat yang mengamalkan ajaran-ajaran agama hendaklah diberi keutamaan, tanpa menjejaskan matlamat perpaduan negara dan pengisian keperluan guna tenaga manusia.

Sehubungan dengan itu terdapat usaha yang dilakukan agar ilmu yang diberikan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan sumber tenaga negara, malahan dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua orang Oleh itu satu saranan diberikan oleh Prof. Ismail Faruqi (1994), tentang perlunya Islamisasi ilmu. Oleh itu beliau mencadangkan beberapa perkara bagi dipertimbangkan dalam proses Isalamisasi ilmu iaitu:
i. Melakukan koreksi dengan membetulkan fakta, konsep atau teori yang terdapat dalam ilmu pengetahuan moden.
ii. Melakukan proses orientasi iaitu tindakan menyerap atau memasukkan ‘visi’ Islam ke dalam ilmu pengetahuan tersebut.
iii. Melakukan rekonsiliasi iaitu tindakan untuk menyelaras ilmu-ilmu tersebut dengan ilmu agama, dan
iv. Melakukan integrasi iaitu tindakan untuk menyepadukan agar kedua-dua jenis ilmu berpadu menjadi satu kesatuan dengan berpaksikan tawhid.

Selari dengan saranan ini, satu tindakan hendaklah dilakukan dengan membetulkan ‘ status’ mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri agar dapat dijadikan teras dan tunjang dalam kurikulum, sebagai ad-dien serta berintegrasi dengan ilmu-ilmu lain.


Kesimpulan

Islam sebagai dien, diturunkan oleh Allah bagi memberi panduan tentang hubungan manusia sesama manusia dan manusia denganNya. Segala prinsip, norma dan nilai telah ditentukan oleh Allah dan tidak pernah berubah. Dalam sosiobudaya Islam yang berubah adalah pelaksanaan.Pada agama inilah dikaitkan dasar bagi pegangan hidup. Meskipun aspek sosial, ekonomi, ilmu dan sebagainya berubah, namun seseorang Islam itu semestinya masih berpegang kepada tujuan hidup yang pasti iaitu kebahagian di akhirat.

Islam mampu mengarah dan mengawal perubahan sosiobudaya, kerana ia memberikan prinsip dan asas kebudayaan dan menentukan arah perubahan masyarakat.Prinsip, asas dan arah adalah bersifat tetap, sedangkan perubahan sosiobudaya terus berlaku dan dilaksanakan oleh akal dalam pola yang digariskan oleh agama.

Manusia, sebagai elemen terpenting dalam perubahan sosiobudaya, berkehendakkan ilmu bagi mempertabatkan dan memperkuat diri. Namun tidak semua perkara dapat diselesaikan oleh manusia berdasarkan ilmu yang ada. Oleh sebab itu pergantungan kepada Yang Maha Tahu dan Maha Kuasa perlu dilakukan. Semuanya dikembalikan kepada Yang Maha Esa iaitu Allah. Dengan cara ini manusia sedar bahawa segala yang dilakukan di dunia, hanyalah bersifat sementara dan akhiratlah matlamat akhir yang kekal. Segala yang bersifat duniawi tidak mutlak dan tidak mengandungi kebenaran yang hakiki. Apa pun perubahan yang terjadi di dunia, ia mengarah kepada kehidupan yang kekal di akhirat.




















Sunday, August 23, 2009

Ke Arah Mana Sistem Pendidikan Agama Johor



Sebagai anak Johor saya berbangga kerana, negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang menyediakan satu sistem pendidikan agama yang telah beroperasi sekian lama. Sistem pendidikan ini mula menjadi perhatian negeri-negeri lain yang bercadang mencontohinya untuk dilaksanakan dinegeri masing-masing. Sistem pendidikan agama yang satu ketika dulu berkesan melahirkan anak didik yang beramal dengan ilmu fardhu ain yang diajarkan kini seolah-olah mula menampakkan kemerosotan pengamalan ilmu, bahkan tidak lebih untuk tujuan penilaian peperiksaan sahaja.

Saya juga melihat matlamat sistem pendidikan agama di negeri Johor yang diamalkan tidak nampak jelas, melainkan hanya untuk melahirkan kitaran tenaga pengajar bagi sistem pendidikan agama itu sendiri setelah seseorang pelajar itu menamatkan Kelas Khas.Tiada lanjutannya selepas itu. Malahan kalau dilihat dari segi kandungan kurikulumnya sekarang ini kurang mantap dan mendalam jika dibandingkan dengan kurikulum sebelumya ketika menggunakan ‘kitab’. Penggunaan buku teks yang sarat dengan gambar-gambar ini menyukarkan untuk pelajar membuat ulangkaji sekiranya tanpa tunjuk ajar guru. Penggunaan buku teks ini juga sering kali berubah-ubah dan difahamkan untuk tahun hadapan akan ada lagi perubahan buku teks. Ini tentunya akan membebankan ibubapa dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli semula buku teks baru yang sepatutnya boleh dimanfaatkan buku teks lama.Saya mengharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil langkah-langkah bagi penambahbaikan agar kita dapat melihat generasi akan datang di negeri Johor adalah generasi yang boleh dijadikan contoh yang baik bukannya contoh buruk dengan masalah gejala sosial seperti yang dapat di lihat ketika ini.

Usaha kerajaan Johor melalui Jabatan Agama Johor, memperkenalkan sistem pendidikan bersepadu dengan mewujudkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) patut diberi pujian kerana secara jelas dapat membentuk pelajar seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membentuk insan seimbang dari JERI. Sekolah ini yang mula beroperasi pada tahun 2001 menggabungkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurukulum Baru Sekolah Agama (KBSA) yang diamalkan di negeri Johor. Peringkat awal ia menjadi tumpuan ramai ibubapa untuk menghantar anak mereka bersekolah dengan kesepaduannya itu.Satu projek kerajaan negeri yang mewujudkan satu SRAB bagi setiap daerah yang berjumlah 8 buah sekolah kesemuanya.Kecemerlangan telah dapat ditunjukkan dengan pencapaian yang baik dalam UPSR dan SDEA untuk kumpulan pertamanya, merujuk sekolah di satu daerah di Johor.

Namun kecemerlangan ini terencat dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan pada peringkat pengurusan dan pentadbiran. Antaranya dengan kekurangan tenaga guru dan pertukaran guru yang sering barlaku telah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.Masalah pertukaran guru yang sering berlaku ini sepatutnya dapat diatasi sekiranya pihak Jabatan Agama Johor yang bertanggungjawab sentiasa perihatin dengan kebajikan guru-guru. Difahamkan kebanyakan guru-guru yang mengajar berstatus kontrak dengan tiada jaminan masadepan. Memandangkan keadaan ini, menyebabkan ramai guru mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran yang lebih menjamin masa depan. Ini berlaku di salah sebuah SRAB tersebut. Akibatnya proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.

Saya bersetuju dengan pandangan seorang bapa, Mohd Razi Saha dan bekas pelajar dalam ruangan ini mengenai pembelaan guru-guru SAR khususnya di Johor agar diberi perhatian yang sewajarnya. Mengapa usaha untuk menjadikan SRAB sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran ditolak sedangkan pihak Jabatan Agama Johor sendiri tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga kebajikan guru dan kemudahan di SRAB.Sekali lagi ketepikan sikap ego dan kepentingan demi masa depan anak-anak. Kita tidak mahu melihat SRAB yang diwujudkan oleh Jabatan Agama Johor sendiri akan berkubur setelah menunjukkan kecemerlangan dan beroperasi beberapa tahun.

Harapan saya, semoga perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Menteri Besar sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman demi kelangsungan pendidikan agama di negeri Johor.



Friday, June 12, 2009

Segala puji-pujian milik Allah Tuhan semesta 'alam. Dia mentadbir 'alam sendirian tanpa pertolongan. Tidak Dia berhajat kepada mana-mana makhluq-Nya bahkan makhluq-makhluq-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui, Maha 'Adil, lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sohabat-sohabat Baginda radhiaLlaahu 'anhum dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat. Aameen.